PANDUAN PENTING MEMBELI RUMAH ATAU HARTANAH LELONG:

 
1) MENGENALPASTI RUMAH ATAU HARTANAH : –
Ambil perhatian perihal alamat dan maklumat yang berkaitan dengan hartanah yang anda berminat.
 
2) HUBUNGI PELELONG
(Arena Auctioneers Sdn Bhd) untuk mendapatkan apa-apa maklumat lain yang diperlukan. Baca Syarat Jualan & POS: – Luangkan masa anda untuk membaca dan memahami sepenuhnya “TERMA DAN SYARAT PENJUALAN” dan dapatkan penjelasan dari pelelong.
 
3) BUAT SIASATAN
Site visit hartanah yang berkenaan untuk memahami lebih baik keadaan dan kemudahan serta kelemahan hartanah tersebut. Hartanah Lelong boleh tengok dari bahagian luar sahaja. Pastikan hartanah yang dipilih itu bersesuaian dengan kehendak sebelum membeli.
Rumah lelong yg ada penghuni biasanya dalam keadaan yang ok.
 
4) LAKUKAN CARIAN PADA HARTANAH
Lakukan carian umum atau dapatkan nasihat undang-undang dari peguam bebas mengenai hartanah tersebut.
Tunggakan maintenance – perlu semak dengan pejabat maintenace hartanah tersebut.
Tunggakan cukai pintu – perlu semak dengan majlis perbandaran setempat di mana hartanah berada.
Tunggakan cukai tanah – perlu semak dengan pejabat tanah setempat di mana hartanah berada.
Bawak POS sebagai rujukan. Membuat anggaran kos repair rumah lelong jika anda berjaya membidanya.
 
5) SEMAKAN LOAN
Pastikan anda menyemak dulu kelayakan loan dengan pihak bank untuk bayar baki 90% pembelian hartanah lelong ini. Dapatkan senarai Bankers dari kami untuk semakan. Forwardkan POS hartanah kpd pihak bank sebagai rujukan untuk menilai kelayakan anda untuk memohon pinjaman pembelian hartanah lelong.
JANGAN PERGI BID KALAU ANDA TAK PASTI LOAN ANDA DILULUSKAN. Deposit lelong anda akan hangus jika GAGAL LUNASKAN BAKI HUTANG DALAM MASA 120 HARI (ikut Syarat POS, ada yang 90 hari ada yang 120 hari)
 
6) SEDIAKAN BANK DRAFT 10% DARIPADA HARGA RIZAB
Bersedia untuk tambah perbezaan antara 10% daripada harga jual terakhir dengan segera selepas lelongan berakhir (Jika Menang bidding sahaja, jika kalah bank draft akan dipulangkan)
(Transfer fund to Arena Auctioneers )
 
FORMAT DEPOSIT TRANSFER:-
Acc No : 512080335866
Bank : Maybank
Acc Holder : Arena Auctioneers Sdn Bhd
Deposit 10% : … (dari harga rizab)
 
ATAU
 
FORMAT BANK DRAFT/ BANKER CHEQUE :-
RESERVE PRICE : RM1,064,400.00 (contoh)
TO : AFFIN BANK BERHAD (contoh)
AMOUNT : RM106,440.00 (contoh)
 
7) DAFTAR PADA HARI LELONGAN
Pada hari lelongan, daftarkan diri anda di kaunter pendaftaran. Kad Paddle (pembida) dengan nombor akan dikeluarkan untuk mengenal pasti pembida berdaftar semasa Lelongan.
(Wakilkan Arena Auctioneers. Jika wakil, pastikan ada surat wakil, salinan ic pembida dan ic wakil.)
ATAU
Boleh mendaftar secara atas talian (online) di arenaauctioneers.com. *Pendaftaran lot secara online akan ditutup sehari sebelum tarikh lelongan.
Untuk rujukan pendaftaran, boleh layari -> Ebidding Guide
 
8) BIDAAN
Pelelong akan mengumumkan permulaan lelongan. Tetapkan had maksima bidaan anda sebelum lelongan bermula. Jangan bida melebihi had yang telah anda tetapkan semata2 kerana terlalu beremosi semasa bidaan dijalankan. Kalah menang memang adat lelongan.
 
9) PEMBIDA BERJAYA
Pembida yang berjaya ialah pembida yang pembuat tawaran tertinggi semasa proses pembidaan. Apabila tukul lelongan diketuk dengan tiga kali umum harga tertinggi maka, hartanah itu dijual.
 
10) TANDATANGAN PADA KONTRAK – TAHNIAH !!!
Sekiranya berjaya, anda akan menandatangani kontrak lelongan yang berjaya dan perlu membayar (RM100) duit stamping pada hari yang sama. Selepas kontrak jualan ditandatangani, pembida boleh mengambil kontrak berjaya selepas Stamp dimatikan dalam masa terdekat. (1 hari selepas tarikh lelongan)
Hartanah lelong tidak tertakluk sepenuhnya kepada Sekatan Rumah Kos Rendah kecuali jika ada dinyatakan di dalam POS. Contohnya:
1. Gaji suami dan isteri tidak boleh melebihi RM5000.00.
2. Pemohon tidak boleh mempunyai lebih dari sebuah hartanah.
3. Pemohon mestilah bermastautin dalam negeri Selangor. Etc.
 
Anda perlu mendapatkan POS hartanah dan menyemak syarat-syarat jualan hartanah terlebih dahulu sebelum anda menyertai bidaan di dalam lelongan awam.